Seri Perigi

  • Wednesday, December 21, 2011
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Letaknya 5 km dari Pekan Yan atau 35 km dari Alor Setar. Ianya dihubungkan dengan rangkaian jalanraya yang strategik dan memudahkan pengunjung untuk melawatinya.Hutan Lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah Darul Aman dengan ketinggian melebihi 100 meter.Perjalanan ke Rekreasi ini amat mempersonakan dengan pemandangan sawah padi, perkampungan tradisional Melayu dan dusun buah-buahan. 

Sepanjang perjalanan menyusuri jalanraya yang menghubungkan pengunjung dapat menikmati pemandangan air terjun yang cantik kelihatan dari jalanraya utama K144 (Jalan Yan) Kawasan batu dinding yang bertingkat amat sesuai bagi aktiviti lasak dan mencabar.












You Might Also Like

0 Comments