Bengkel ICT Anjuran Rukun Tetangga Yan Besar
- Wednesday, December 21, 2011
- By Pusat Internet Desa Yan
- 0 Comments
Tarikh : 30 November 2010 (Selasa)
Tempat : SK Langkasuka Yan
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Bengkel Multimedia Kreatif yang telah diadakan pada bulan
September telah mendapat tempat di kalangan penduduk Yan. Bengkel ICT
dianjurkan adalah kesinambungan daripada Bengkel Multimedia Kreatif yang
telah diadakan. Bengkel ini adalah anjuran Rukun Tetangga Pekan Yan
Besar dengan kerjasama Pusat Internet Desa Yan dan SK Langkasuka Yan.
Guru Besar SK Langkasuka sekali lagi berbesar hati membenarkan program
ini diadakan di tempat beliau. Program ini bertujuan mendedahkan para
peserta yang terdiri daripada ahli rukun tetangga Pekan Yan Besar,
pelajar-pelajar sekolah, golongan belia dan warga emas dalam
menghasilkan gambar yang lebih menarik menggunakan kaedah menyunting
gambar (Photoscape) dan membuat blog.
Para peserta walaupun agak kepenatan tetapi tetap
memberi sokongan sepenuhnya terhadap program ini walaupun hari hujan.
Program ini didahului dengan ucapan aluan daripada Hj. Pamin Bin Paieman
(Guru Besar SK Langkasuka), diikuti oleh Pengerusi PID Yan En. Shokri
dan seterusnya dirasmikan oleh En. Mohd Fakhzan Nasir (Pegawai Jabatan
Perpaduan dan Integrasi Nasional)
Program ini juga diselang seli dengan executive talk bertajuk "Facebook, Pengenalan dan Penggunaan Efektif" yang telah disampaikan oleh Pn. Siti Rahmah Samsuden (Pen. Pengurus PID Yan) dan "Tabiat Buruk Pengguna ICT Yang Perlu Dielakkan" yang telah disampaikan oleh En. Hamizam Sahimi (Pengurus PID Yan)
Senarai AJK Perlaksana
Urusetia Induk : Rukun Tetanggan Pekan Yan Besar
JK Promosi : Rukun Tetangga Pekan Yan Besar
JK Pendaftaran : Rukun Tetangga Pekan Yan Besar
JK Makanan dan Minuman : Rukun Tetangga Pekan Yan Besar
JK Rakaman Media : SK Langkasuka
JK Hadiah dan Cenderahati : Rukun Tetangga Pekan Yan Besar
JK Teknikal : SK Langkasuka dan Pusat Internet Desa Yan
JK Modul dan Buku Program : Pusat Internet Desa Yan
JK Sijil : Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional
0 Comments