Taklimat dari Metrocomm Sdn Bhd

  • Wednesday, December 21, 2011
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Masa : 3 - 5 petang

Tempat : Surau Kg. Setol, Yan Kedah

Panel : En. Azlan Abdullah (Pengurus MetroComm Resources Sdn Bhd)

Peserta : Pengusaha-pengusaha daerah Yan, Ahli Kelab Usahawan Sosial PID Yan




Objektif : Memartabat dan Memperkasa produk-produk koperasi





     Taklimat telah disampaikan oleh En. Azlan Abdullah yang memperkenalkan satu program keusahawanan yang bertujuan untuk memasarkan produk-produk koperasi melalui skim keahlian di bawah kumpulan CoopShoope.Program ini akan memastikan produk-produk koperasi mendapat permintaan yang tetap setiap bulan. Produk-produk ini pula terdiri daripada produk-produk IKS dan PKS. Ini bagi membantu usahwan-usahawan bumiputera dapat memasarkan produk mereka pada satu sistem pusat pembelian.


     Program ini dinaungi oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB). MetroComm Resources merupakan perunding dan penyelaras program dan Jiwa Realiti Sdn Bhd sebagai penyedia platform dan disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan.


     Menurut En. Azlan "Melalui pelan ini koperasi boleh membawa produk untuk dilabel, dijenamakan semula dan dibungkus semula dalam membantu aspek pemasaran". Ini kerana menurut En. Azlan, pemasaran adalah perkara yang dianggap lemah bagi usahawan bumiputera untuk bersaing.


    Melalui skim keahlian yang diperkenalkan, setiap ahli yang membeli barang di Coop Shoppe akan diberi rebat/bonus yang boleh digunakan untuk belian di masa hadapan. Ini satu pendekatan untuk menarik orang ramai membeli di Coop Shoppe.


     Buat masa ini rangkaian Coop Shoppe boleh didapati di Jabatan Perhubungan Negeri ANGASA setiap negeri.

You Might Also Like

0 Comments