Karnival Pulau Pinang Anjuran MARA

  • Wednesday, December 21, 2011
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Karnival anjuran MARA yang telah di adakan di tapak pasar ramadhan, Bayan Baru Pulau Pinang ini julung kali disertai oleh ahli Kelab Usahawan Sosial Yan (KUSYan). Program yang diadakan selama 3 hari ini memberi peluang kepada ahli-ahli kelab mempelajari selok belok perniagaan, cara-cara pemasaran produk dan sebagainya.


Selain dapat berkongsi-kongsi idea bersama-sama para usahawan yang lain, mereka juga dapat menimba ilmu dan pengalaman tentang keusahawanan. Di antara produk-produk KUSYan terdiri daripada pelbagai jenis kuih-kuih tradisional seperti bahulu, kuih bakar, peniram, buah rotan, popia pedas, rempeyek, maruku, kuih kapal terbang, pagoda dan banyak lagi. 


Selain itu kami juga mempunyai produk herba dan kecantikan yang mana bahannya terdiri daripada minyak kelapa dara. Produk ikan keli juga tidak ketinggalan dalam mempromosi produk ahli KUS. Ikan keli masin berempah adalah buatan tangan dan diadun bersama rempah-ratus yang enak dimakan. Nugget ikan keli pula adalah satu produk yang berkualiti yang tidak dijumpai di mana-mana. Rasanya yang kenyal, enak dimakan begitu sahaja.

You Might Also Like

0 Comments