Karnival Keusahawanan Sosial 2010
- Wednesday, December 21, 2011
- By Pusat Internet Desa Yan
- 0 Comments
Penganjur
Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan
Dengan Kerjasama
Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010
adalah kali ketiga diadakan. Program yang berlangsung selama sebulan di
sepanjang bulan Jun ini menjalankan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan
para usahawan serta komuniti menjadikan ICT sebagai sebahagian daripada
hidup mereka. Selain jual beli secara maya, para peserta juga boleh
menimba pengalaman bersama-sama usahawan-usahawan yang telah maju
setapak memasarkan produk mereka melalui Internet. Jadi apa tunggu lagi,
nikmatilah peluang ini dan sertai kami di karnival ini.
Objektif
Memperkasakan warga PID dan komuniti setempat agar lebih berdaya saing, cerdik ICT, kreatif dan inovatif.
Misi
Merangsang pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat selari
dengan model pembangunan lestari yang telah diterapkan dalam pelbagai
program latihan di PID.
3 Aktiviti Khusus
- Bengkel Portal PID
- Melatih komuniti dalam penggunaan Portal PID iaitu www.pid.net.my. Bengkel ini akan diadakan selama seminggu.
- Menggalakkan lebih ramai komuniti mengambil manfaat menerusi portal yang telah dibangunkan.
- Para usahawan disarankan membuka perkhidmatan e-kedai bagi mempromosi produk dan perkhidmatan masing-masing.
- Mini Ekspo
Merangkumi pelbagai aktiviti seperti bengkel latihan ICT
(Blog, Internet Banking, Online store dsb) pameran dan jualan produk
- E-Karnival
0 Comments