Mesyuarat Program Netbook 1Malaysia
- Wednesday, December 21, 2011
- By Pusat Internet Desa Yan
- 0 Comments
Tempat : Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Butterworth Pulau Pinang
Masa : 9 pg - 2 ptg
Tarikh : 8 Ogos 2011
Kehadiran : Semua pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Desa Zon Utara
Tujuan
diadakan Program Seminar Penerima Netbook 1Malaysia adalah meningkatkan
kesedaran orang awam terutamanya para pelajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah tentang penggunaan dan penyalahgunaan Internet serta langkah berjaga-jaga ketika menggunakan Internet.
Antara Objektifnya adalah:
- Melahirkan pengguna yang literasi terhadap teknologi – bijak internet
- Mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
- Memberi pendidikan kepada pengguna Internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
- Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna menggunakan Internet
Bagi menjayakan program ini, pihak
SKMM Wilayah Utara memohon kerjasama daripada PID Utara bertindak
sebagai fasilitator memandangkan Pengurus & Penolong Pengurus PID
berpengalaman dalam aspek memberi latihan dan bimbingan.
Sehubungan dengan itu, pada 2/8/2011 En Muhammad Razi Bakar telah
hadir mesyuarat bersama Pengarah SKMM Wilayah Utara, En. Hussin bin Ali
bagi membincangkan peranan dan perancangan serta sekolah yang terlibat.
Sebanyak 221 buah sekolah di Kedah, Perlis dan Penang terlibat dengan
sasaran hampir 50,000 orang peserta dikalangan pelajar sekolah penerima
netbook akan dilatih.
Pada 3/8/2011 satu perbincangan bersama rakan-rakan
PID Utara telah diadakan bagi mendapatkan persetujuan bersama untuk
terlibat menjayakan program ini. Semua PID bersetuju untuk turut serta
sebagai fasilitator.
0 Comments