Diedit : Pengurus
Siti Noor Fairus (No Ahli 09-1009)
Siti Noor Fairus (No Ahli 09-1009)
Terletak kurang 1 km dari Pekan Yan dan
dihubungkan dengan jalanraya yang selesa untuk para pengunjung. Suasana
pantai yang mengasyikkan dengan hembusan bayu laut yang nyaman.
Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur untuk
pengunjung seperti gerai-gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang
permainan kanak-kanak yang sempurna. Bersebelahan kawasan pantai
terdapat sebuah padang bola iaitu Padang Bandaran Pantai Murni yang
boleh digunakan untuk kegiatan riadah dan acara sukan.
Pengunjung dapat menikmati panaroma pulau-pulau
seperti Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Telor dan Pulau Songsong serta
pemandangan indah matahari terbenam di waktu senja.
Bagi pengunjung yang datang bersama anak-anak
kecil, Pantai Murni merupakan tempat yang sesuai kerana terdapat
kemudahan taman permainan untuk anak-anak kecil di sini. Ibu bapa boleh
berehat santai di bangku simen sambil mengawasi anak-anak kecil bermain
papan gelungsur atau buaian.
Untuk pengunjung yang datang dari jauh, di Pantai
Murni juga terdapat kemudahan penginapan chalet pada harga yang
berpatutan. Selain itu, bagi mereka yang ingin menikmati suasana
perkampungan boleh mencuba menginap di homestay berhampiran pada kos
yang amat murah.
0 Comments