Tangga Kenari

  • Wednesday, December 21, 2011
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments


Terletak lebih kurang 3.4 km dari Pekan Yan Besar, Tangga Kenari sebenarnya berada di lokasi yang sama dengan Hutan Lipur Titi Hayun. Tangga konkrit yang dibina melalui denai hutan ini adalah cetusan idea Tan Sri Dato’ Sri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah ketika itu bertujuan memajukan industri pelancongan berasaskan alam semulajadi (ecotourism).
Uniknya, projek pembinaan tangga ini dari Titi Hayun hingga ke Peranginan Gunung Jerai berjaya dilaksanakan tanpa melibatkan proses penebangan pokok-pokok balak di sepanjang laluan tersebut. Keseluruhan anak tangga yang dibina adalah kira-kira 1,342 takah melalui lereng-lereng berliku di dalam Hutan Simpan Gunung Jerai.
 Tangga Kenari ini juga sering dijadikan sebagai tempat latihan “Jungle Trekking” oleh sekolah-sekolah menengah dan pusat-pusat latihan motivasi bagi menggalakkan budaya pendakian bukit untuk kecergasan dan rekreasi serta menyemai semangat cintakan alam semulajadi anugerah Allah (SWT)
 
Jika anda adalah pengunjung yang sukakan cabaran, Tangga Kenari 1000 Tahun adalah tempat yang menarik untuk dicuba. Laluan trek yang berliku-liku dan ada di antara laluannya mencecah lebih dari 45 darjah amat mencabar tenaga fizikal dan mental.Bagaimanapun kepenatan dan kesukaran ini mungkin tidak dirasakan kerana keindahan flora dan fauna di sepanjang laluan trek ini amat mempersonakan.
 

You Might Also Like

0 Comments