Hutan
Lipur Titi Hayun terletak kira-kira 3 km dari pekan Yan dan 40 km dari
bandar Alor Star. Hutan lipur ini mendapat nama sempena kewujudan titi
gantung berdekatan kawasan tersebut. Untuk sampai ke sini anda boleh
menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri. Hutan lipur ini
menjadi tumpuan pengunjung untuk mandi dan berkelah terutamanya di
hujung minggu atau pada musim cuti sekolah.
Jika
anda datang dari arah Sungai Petani dan menggunakan bas, anda boleh
menaiki bas di bandar Sungai Petani. Anda perlu memilih bas yang
destinasi perjalanannya tertulis Alor Setar-Yan-Shahab Perdana kerana
bas ini akan melalui jalan Merbok, Yan dan seterusnya ke Alor Setar.
Kemudian anda perlu turun di Perhentian Bas Yan dan seterusnya
menggunakan teksi untuk sampai ke Hutan Lipur Titi Hayun . Anda boleh
menggunakan jalan Yan sekiranya anda dari arah Alor Setar atau
menggunakan jalan Alor Setar/Sungai Petani sekiranya berkenderaan
sendiri. Sepanjang perjalanan akan melalui beberapa pekan kecil seperti
Simpang Empat, Kota sarang Semut, Sungai Limau Luar sehingga pekan Guar
Chempedak, kemudian membelok ke kanan menuju ke Pekan Yan .
Keseronokan mandi-manda dan bermain air sungai yang sejuk yang mengalir menyusuri celah batu pasti akan menjadi kenangan indah. Selain itu bagi yang gemarkan cabaran dan aktiviti lasak, pengunjung boleh cuba menawan puncak Gunung Jerai dengan menggunakan laluan Tangga Kenari atau trek biasa yang akan membawa anda ke puncak. Sekiranya ingin menikmati suasana malam disini, pengunjung boleh memilih untuk menginap di chalet-chalet persendirian atau pun chalet milik Majlis Daerah Yan . pakej penginapan di sini amatlah berpatutan, malah jangan terperanjat jika ada chalet yang mengenakan caj serendah RM30 semalam termasuk makan malam! Selamat mencuba
0 Comments