Batu Hampar

  • Wednesday, December 21, 2011
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Letaknya 3 km dari pekan Yan atau 40 km dari Alor Star. Ianya dihubungkan dengan rangkaian jalanraya yang strategik dan memudahkan pengunjung untuk melawatinya. Mempunyai kemudahan untuk pengunjung yang datang seperti tandas awam,pondok-pondok rehat dan bilik persalinan.Kawasan peranginan ini berhampiran dengan Istana Hinggap KDYMM Sultan Kedah Darul Aman.


Pengunjung akan melalui dusun-dusun buah-buahan, ladang getah dan perkampungan tradisional Melayu di sepanjang jalan untuk sampai ke destinasi tersebut.Boleh dinikmati pelbagai Flora dan Fauna dari hutan simpan Gunung Jerai, antara tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah seperti Meranti, Melanti, Meranti Langgong dan Meranti Tembaga.
   
Gambar 1 : Anak tangga untuk ke kolam-kolam mandi di Batu Hampar
  
Gambar 2 : Salah satu air terjun di Batu Hampar

 
Gambar 3 : Pemandangan di pintu masuk kawasan Batu Hampar

You Might Also Like

0 Comments