Bengkel Menaip Jawi

  • Tuesday, August 02, 2016
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Tarikh : 13, 20 dan 27 April 2016
Bilangan peserta : 17 orang

Bengkel ini diadakan sebanyak tiga kali pada bulan April iaitu 13, 20 dan 27 April. Bengkel ini mendapat sambutan di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah terdiri daripada murid tahun lima dan enam serta pelajar tingkatan 1.

Seperti yang diketahui, tulisan jawi semakin dilupakan. Dari itu, Pusat Internet Desa Yan mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel ini bagi dengan tujuan memartabatkan tulisan jawi dengan menaip menggunakan perisian sedia ada iaitu Ms word. Ini perlu diterapkan agar tulisan jawi boleh dipelbagaikan kegunaannya dalam dunia IT dan amat berguna pada masa akan datang serta tidak dilupakan.

Agenda:
  1. Para pelajar ditunjukkan cara setting tulisan jawi menggunakan control panel.
  2. Para pelajar menggunakan on-screen-keyboard dan cara menukar setting keyboard kepada bahasa yang dikehendaki.
  3. Penerangan mengenai font jawi yang tidak terdapat di on-screen-keyboard dan cara menggunakannya.
  4. Menaip pantun dan karangan jawi.







You Might Also Like

0 Comments