Pusat Internet Desa Yan telah menganjurkan kelas ICT pada cuti perskolahan yang lalu bermula 1 hingga 9 Disember 2019. Di antara kursus yang dijalankan adalah Kursus Asas Ms Word, Kursus Asas Ms Powerpoint dan juga membuat video slide persembahan dengan Powtoon. 19 orang peserta yang telah mengikuti kursus ini terdiri daripada para pelajar berumur 7 tahun hingga 13 tahun.
Mari kita tengok aktiviti mereka sepanjang kursus berlangsung.
Modul yang terdapat di dalam kursus ini adalah Ms Word, Ms Excel, Ms Powerpoint, internet dan email. Para peserta terdiri daripada pelajar lepasan SPM.
Tarikh : 10 hingga 13 Jun 2018
Kursus kali ini telah dihadiri oleh 28 orang peserta yang mengikuti kursus Ms Word dan Ms Powerpoint Tahap 1 dan 2. Peserta terdiri daripada pelajar berumur 7 hingga 11 tahun. Para peserta tetap bersemangat walaupun berkursus di dalam bulan ramadhan.
Kursus kali ini telah dihadiri oleh 28 orang peserta yang mengikuti kursus Ms Word dan Ms Powerpoint Tahap 1 dan 2. Peserta terdiri daripada pelajar berumur 7 hingga 11 tahun. Para peserta tetap bersemangat walaupun berkursus di dalam bulan ramadhan.
Sempena cuti persekolahan penggal pertama, PID Yan telah menganjurkan kursus powtoon dan menaip jawi. Kursus ini dianjurkan secara percuma di mana para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Penyertaan adalah amat menggalakkan. Kursus ini diadakan selama tiga hari bermula 18 Mac hingga 20 Mac 2018.
Mari kita lihat aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus berlangsung.
Nama program : Kursus Powtoon
Tarikh : 18 - 20 Mac 2018
Masa : 9 pagi hingga 12.30 tengahari
Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai perisian online yang digunakan untuk membuat persembahan slaid dan video menggunakan powtoon.com. selain menggunakan perisian seperti Microsoft Powerpoint dan video editor.
Masa : 3 petang hingga 5 petang
Mari kita lihat aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus berlangsung.
Nama program : Kursus Powtoon
Tarikh : 18 - 20 Mac 2018
Masa : 9 pagi hingga 12.30 tengahari
Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai perisian online yang digunakan untuk membuat persembahan slaid dan video menggunakan powtoon.com. selain menggunakan perisian seperti Microsoft Powerpoint dan video editor.
Hasil video peserta boleh dilihat di saluran youtube PID Yan
Nama program : Kursus menaip jawi
Tarikh : 18 - 20 Mac 2018Masa : 3 petang hingga 5 petang
Pusat Internet Desa mengambil inisiatif untuk
mengadakan bengkel ini bagi dengan tujuan memartabatkan tulisan jawi dengan
menaip menggunakan perisian sedia ada iaitu ms word.
Tarikh : 10 Oktober 2017 dan 24 hingga 26 Oktober 2017
Tempat : Sekolah Rendah Islam 1, Kangar Perlis dan Sekolah Kebangsaan Langkasuka Yan, Kedah
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Sebagai
persediaan para pelajar lepasan UPSR membuat folio apabila masuk ke sekolah menengah.
2. Memberi pendedahan kepada para pelajar membuat
folio dengan lebih berkesan dan menarik
3. Memberi pendedahan kepada para pelajar teknik
menghasilkan asas dan lanjutan persembahan slaid.
Cuti sekolah datang lagi. Pelbagai aktiviti diadakan di Pusat Internet Desa Yan sepanjang cuti sekolah bulan Ogos bermula 27 hingga 30 Ogos 2017. Kursus kali ini bertemakan Hari Kebangsaan ke 60. Sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta sehingga kursus perlu dibuat 3 sesi dalam 1 hari iaitu 9 hingga 11 pagi, 11 pagi hingga 1 tengahari dan 3 petang hingga 5 petang.
Di antara aktiviti yang diadakan adalah :
1. MEMBUAT POSTER HARI KEBANGSAAN
Di antara aktiviti yang diadakan adalah :
1. MEMBUAT POSTER HARI KEBANGSAAN
Tarikh : 27 Ogos 2017
Peserta : 14 orang
2. MELUKIS JALUR GEMILANG DENGAN MS POWERPOINT
Tarikh : 28 Ogos 2017
Bilangan Peserta : 23 Orang
3. MEMBUAT VIDEO
Tarikh : 29 Ogos 2017
Bilangan Peserta : 15 Orang
4. MERDEKA CONTEST
Tarikh : 30 Ogos 2017
Bilangan Peserta : 20 Orang
Tarikh : 28, 29 dan 30 Mei 2017
Bengkel Ms word telah dijalankan sempena cuti persekolahan yang lalu. Peserta terdiri daripada para pelajar sekolah rendah dan menengah berumur 7 tahun hingga 14 tahun iaitu seramai 15 orang.
Bengkel telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pertama untuk para pelajar berumur 7 hingga 9 tahun manakala sesi kedua diadakan bagi pelajar berumur 10 tahun ke atas. Sesi kedua dijalankan selama 2 hari.





















































