Tarikh : 7 dan 8 Jun 2016
Bilangan peserta : 13 orang
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Pengenalan internet dan memahami istilah-istilah yang
digunakan dalam internet.
Internet membolehkan seseorang mendapatkan maklumat
dengan mudah dan cepat. Dengan adanya kemudahan internet sesuatu pekerjaan
dapat diselesaikan dalam masa yang singkat, membantu menghubungkan
silaturrahim, berkongsi maklumat dengan rakan-rakan, menonton video serta
memuatnaik dan memuatturun fail dengan mudah.
Dari itu, para peserta yang terdiri daripada pelajar
sekolah rendah diberi pendedahan awal mengenai internet agar mereka tidak
terjebak dengan perkara-perkara yang tidak elok. Pelbagai fungsi dan
istilah-istilah internet yang mudah diberikan agar para pelajar tersebut lebih
mudah memahami dan menggunakan istilah tersebut setiap hari. Para pelajar
diberi peluang menggunakan internet dan mengenali tetingkap internet sambil
diberi penerangan. Selain daripada itu para pelajar juga dimaklumkan mengenai
cara penggunaan internet dengan bijak disamping mengetahui mengenai kebaikan
serta keburukan penggunaan internet.
Para pelajar juga diajar cara menyimpan gambar di
internet kemudian memasukkan gambar tersebut ke dalam microsoft word, mencari
maklumat, mencari laman web berdasarkan alamat web dan lain-lain yang
berkaitan.
0 Comments