Kursus Aplikasi Komputer Januari Hingga Jun 2016

  • Tuesday, August 09, 2016
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

OBJEKTIF PROGRAM:
1.  Word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo, flyer, laporan, borang dan sebagainya.
2.  Microsoft Excel digunakan untuk pengiraan, laporan, perancangan, penganalisis data dalam pelbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk grafik/diagram.
3.  Microsoft Powerpoint memberi pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif.
4.  Internet dan E-mail memberi pendedahan kepada peserta asas-asas internet, mencari maklumat dan asas penggunaan e-mail sebagai perantara untuk berhubung pada masa kini.

Modul dimulai dengan modul asas ms word. Para peserta diberi penerangan mengenai tetingkap ms word serta istilah-istilah yang digunakan. Para peserta diberi tunjukajar dan penerangan  terlebih dahulu kemudian diikuti dengan latihan mengikut tajuk. Para peserta dapat mengikuti pembelajaran dengan baik setelah diberikan banyak latihan. Selain daripada itu, para peserta juga diberikan tips-tips bagi mempercepatkan memformat dokumen iaitu cara highlight teks dengan mudah, cara menyalin (copy) dengan mudah serta penggunaan shortcut (right klik).

Setiap peserta mengambil masa selama 4 hingga 6 minggu untuk menghabiskan semua modul tersebut dan latihan diberikan mengikut kemampuan individu. Modul seterusnya adalah ms excel. Seperti biasa para peserta didedahkan dengan tetingkap ms excel serta penerangan mengenai istilah-istilah yang terdapat di dalam ms excel. Formula asas diajar seperti sum, count, average, min, max, if, countif, vlookup dan rank serta menghasilkan graf. Kepelbagaian latihan membolehkan para peserta mencipta jadual dengan lebih baik dan menggunakan formula dengan lebih berkesan. Tips-tips untuk memudahkan penggunaan formula juga diberikan sepanjang pembelajaran.

Modul berikutnya adalah MS powerpoint. Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diberi latihan berpandukan modul manakala peserta lepasan SPM dan belia hendaklah mencari tajuk sendiri setelah diberi penerangan. Para peserta diterangkan cara untuk menghasilkan sebuah persembahan slaid yang menarik.

Modul seterusnya ialah internet. Para peserta didedahkan mengenai istilah asas internet, cara memutnaik dan memuatturun fail serta e-mail.








You Might Also Like

0 Comments