Tarikh : 14, 21 dan 28 April 2016
Bilangan Peserta : 15 orang
OBJEKTIF PROGRAM:
1.
Memberi kemahiran asas dalam menyunting
gambar menggunakan perisian percuma iaitu photoscape
2.
Menerapkan
kreativiti dalam menyunting gambar
Para
peserta didedahkan dengan penggunaan asas menyunting gambar menggunakan editor,
batch editor, page, animated gif dan combine. Peserta juga didedahkan dengan
penggunaan asas editor yang digunakan untuk menyunting gambar seperti bloom,
frame, filter, memasukkan tulisan pada gambar serta menggunakan fungsi tools
untuk membuang jerawat, mewarnakan rambut dan klon gambar.
Pada
bengkel ini, para peserta diajar teknik dan tips yang boleh digunakan untuk
menghasilkan gambar profesional walaupun hanya menggunakan perisian percuma
seperti photoscape. Walaupun hasil gambar tidaklah secantik Adobe Photoshop,
mereka dapat memahirkan diri menggunakan ikon-ikon yang lebih mudah difahami
dan dapat menggunakannya untuk menghasilkan gambar yang kreatif.
0 Comments