Kursus ini telah diadakan pada 19 dan 20 Oktober dan 28 dan 29 Oktober 2014. Ia memberi pendedahan kepada para pelajar lepasan UPSR mengenai video animasi yang merupakan salah satu persembahan yang boleh digunakan untuk menggantikan slide powerpoint. Ianya lebih menarik kerana disertai dengan watak-watak kartun animasi yang pelbagai dan amat mudah digunakan. Video animasi secara online ini boleh dilayari di www.powtoon.com membolehkan sesiapa sahaja membuat persembahan terutama guru-guru untuk penyampaian sesuatu subjek yang diajar.
Di dalam kursus ini, para peserta diajar tentang penggunaan tool seperti memasukkan gambar, tulisan, memasukkan effect dan jalan cerita yang ingin disampaikan.
Di dalam kursus ini, para peserta diajar tentang penggunaan tool seperti memasukkan gambar, tulisan, memasukkan effect dan jalan cerita yang ingin disampaikan.
Video ini dihasilkan oleh Nur Isma Suriani Bt Abd Ghani
0 Comments