Laporan Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010

  • Wednesday, December 21, 2011
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Bengkel Portal E-Kedai
­
Tempat : Pusat Internet Desa Yan­
Tarikh : 6 - 10 Jun 2010
Masa : 9.30 pg - 12 tgh
Bilangan Peserta : 7 orang
Objektif
  1. Menggalakkan penggunaan portal pid sebagai laman rasmi untuk jualan online
  2. Memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai jualan online yang boleh dilakukan di dalam portal PID
  3. Menggalakkan usahawan mempromosi produk mereka dan menggunakan internet sebagai pembuka jalan memperkenalkan produk di seluruh negara
      Bengkel portal PID atau e-kedai telah dijalankan selama 5 hari berturut-turut dan disertai oleh 6 orang usahawan Yan dan seorang ahli baru iaitu En. Yusnizan Ibrahim. Pelbagai produk telah dijual di dalam e-kedai antaranya pelbagai jenis kerepek, snek dan kuih tradisional, produk berasaskan minyak kelapa dara, produk kesihatan dan pelbagai jenis tepung kek segera.
www.pid.net.my

     Para peserta adalah terdiri daripada kalangan usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan mahupun usahawan IKS. Mereka diajar cara-cara mendaftar e-kedai dan seterusnya cara-cara memasukkan produk serta gambar. Dengan adanya e-kedai ini, diharap perniagaan mereka akan semakin maju dan mendapat lebih banyak tempahan pada masa akan datang.

     Kedai-kedai yang terdapat di dalam portal adalah seperti Aneka Snek (dimiliki oleh Pn. Sobehah Bakar), Bio4Cure (En. Mohd Yusuff Lon), Cuba Rasa (Pn. Zawiyah Husin), Maukawan Enterprise (Pn. Zaitun Mat Rashid@Saad), Selera Desa (Pn. Sareah Md Zain), SNZ Cemerlang (Pn. Zainab Ismail) dan YNdaliz Marketing (En. Yusnizan).


­


Bengkel Membuat Blog

Tempat : Pusat Internet Desa Yan
Tarikh : 13 - 15 Jun 2010
Masa : 9.30 pg - 12.30 tgh
Bilangan Perserta : 5 orang
Objektif
  1. Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan blog
  2. Mempelajari  teknik-teknik serta kemahiran yang boleh dimasukkan ke dalam blog
  3. Bengkel membuat blog ini telah disertai oleh pelajar sekolah, guru dan wanita. Mereka mula mendaftar sebagai blogger dan membuat catatan berdasarkan tajuk yang mereka inginkan. Mereka juga diajar memasukkan gambar, membuat link, menukar template dan memasukkan widget agar blog tampak lebih kemas dan mudah dilihat.


Sempena bengkel blog ini, kami juga menganjurkan pertandingan membuat blog dan e-esei yang terbuka kepada warga Yan dan berumur 18 tahun ke atas. Ini bagi menggalakkan mereka menulis dan memperbanyakkan kandungan tempatan agar segala maklumat dapat disampaikan dengan lebih tepat dan cepat. 


Borang PertandinganMembuat Blog

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Jun 2010.

     Memandangkan ini kali pertama pertandingan diadakan, penyertaan yang diterima adalah kurang. Kese­mua peserta diberikan sijil penyertaan.

­
­
­
­

Bengkel Internet Banking
Tempat : CIMB Cawangan Guar Chempadak, Pusat Internet Desa YanTarikh : 17 Jun 2010, 20 Jun 2010 Masa : 10 pg - 1 tghBilangan Peserta : 3 orang
Objektif
  1. Mendedahkan para peserta dengan pembayaran secara online
  2. Menggalakkan penggunaan Internet Banking di kalangan usahawan bagi memudahkan urusan jual beli melalui e-kedai dan blog, memindah wang, pembayaran bil dan sebagainya.
     Para peserta yang belum mempunyai akaun bank dan telah mempunyai akaun bank tetapi belum mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan Internet Banking telah dibawa ke CIMB cawangan Guar Chempedak untuk membuka akaun.

    Setelah akaun dibuka, mereka mendaftar untuk mendapatkan e-pin dan mendaftar no. telefon untuk di cimbclicks. Setelah pulang dari bank, mereka ditunjukkan cara-cara mendaftar seterusnya memindah wang. Selain itu, mereka diingatkan supaya ID dan password diingati dan tidak meletakkannya di merata tempat sebagai tujuan keselamatan.

 
Lawatan ke Bengkel Usahawan Mohd Yusuff Lon (Pengusaha Perniagaan Tradisional Herba Sari)

Tempat : Kg. Setol, Yan KedahTarikh : 22 Jun 2010Masa : 10 -30 pg - 12.30 tgh Bilangan Peserta : 5 orang

Objektif
  1. Memberi pendedahan kepada para peserta dengan pengalaman yang boleh didapati daripada pengusaha
  2. Mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli


     En. Mohd Yusoff Lon merupakan anak jati Kg. Setol Kedah dan telah menjalankan perniagaan ini selama hampir 6 tahun. Beliau mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian merupakan ahli KUSPID yang giat mempromosi produk beliau di merata ekspo dan karnival seperti Karnival Sua Rasa anjuran TV9, Karnival Bank Rakyat dan juga anjuran Jabatan Pertanian.    Pada lawatan ini, kami didedahkan dengan pengenalan pokok-pokok herba yang ditanam di hadapan rumah pengusaha sendiri seperti temulawak, mengkunyit, kacip fatimah, dan berbagai-bagai jenis herba yang kebanyakannya digunakan dalam menghasilkan produk beliau. Selain itu, kami juga diberi penerangan serba sedikit kegunaan pokok-pokok herba tersebut.

     Bengkel ini mendapat peruntukan daripada Jabatan Pertanian Negeri Kedah termasuklah mesin-mesin yang digunakan untuk menghasilkan produk berasaskan minyak kelapa dara dan herba. Produk-produk keluaran Perniagaan Tradiosional Herbasari termasuklah minyak kelapa dara yang mempunyai banyak kegunaan merawat pelbagai jenis penyakit, losyen minyak kelapa dara, biskut herbasari, teh herbasari dan teh mahkota dewa.

     En. Mohd Yusoff juga banyak memberi maklumat mengenai pemakanan; apa yang boleh dan tidak untuk menghasilkan sesuatu produk. Beliau juga memberi tips-tips agar produk yang dihasilkan tahan lam­a.

­

Jemputan ke Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan Perniagaan dan Inovasi KHTP (INNOBIZ 2010-2012)

Tempat : Kulim HighTech Park Golf & Country Resort
Tarikh : 29 Jun 2010
Masa : 9pg - 5 petang
Bilangan Peserta : 5 orang
Objektif
  1. Memberi pendedahan kepada para usahawan tentang program yang akan diadakan
  2. Memberi peluang kepada para usahawan membangunkan diri dan perniagaan
     Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh exco bagi industri dan pelaburan negeri Datuk Ir Amiruddin Hamzah. Laporan Penuh Berita oleh Bernama     Majlis perasmian ini disertakan dengan memorandum persefahaman di antara UUM, Aimst Universiti bersama-sama Kulim High Tech Park dalam menjalankan penyelidikan terhadap produk-produk berasaskan herba. Selain daripada itu, ia juga memberi peluang kepada usahawan Kedah khususnya dalam mendapatkan perkhidmatan seperti mendapatkan nutrisi makanan. 

     Bengkel sehari juga telah diadakan yang membawa para usahawan menuju ke arah perniagaan yang cemerlang.





Forum Telecenter dalam Pembangunan Ekonomi dan Sosial
Tempat : Pusat Internet Desa Balik PulauTarikh : 11 Julai 2010

Objektif
  1. Memberi pendedahan kepada usahawan tentang peranan Pusat Internet Desa dalam membantu para usahawan dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial.
     Forum ini telah diadakan bersempena Majlis Pelancaran Karnival Keusahawan Sosial di Balik Pulau. Majlis penyampaian sijil oleh peserta bengkel telah diadakan didahului dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau dan Pn. Faudziah selaku wakil daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

     Forum telah disampaikan oleh 6 orang ahli panel terdiri daripada wakil UUM, USM, KPKK dan wakil peserta yang menceritakan pengalaman menyertai bengkel yang dijalankan oleh PID Balik Pulau.

     Disamping itu sesi soal jawab telah diadakan di mana peserta yang memberi soalan ­mendapat akan mendapat hadiah seperti t-shirt dan

You Might Also Like

0 Comments