Promosi Jualan Produk Pusat Internet Desa (KUSYAN)

  • Wednesday, December 21, 2011
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Promosi Jualan PID ini dijalankan selama lima hari bermula 12 hingga 16 Julai 2009. Bertempat di Perkarangan Pejabat Pos Yan promosi jualan ini beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 5 petang.Ia bertujuan untuk mempromosi produk ahli-ahli kelab KUSYAN yang terdiri daripada kuih tradisional, produk berasaskan keli, tepung goreng ayam, produk berasaskan buah naga dan lain-lain lagi. 


Memandangkan sekarang ini musim buah, pelbagai jenis buah-buahan dijual dengan harga yang murah, RM10 (langsat, pulasan, durian dan manggis).

Seramai enam orang usahawan mengambil bahagian dalam promosi ini. Selain mempromosi produk, mereka juga dapat menimba pengalaman tentang perniagaan dan pemasaran.

You Might Also Like

0 Comments