Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival Usahawan dan ICT 2010

  • Wednesday, December 21, 2011
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Majlis penutupan ini telah berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside pada 8 Februari 2011. Wakil Pusat Internet Desa Zon Utara diwakili oleh En. Hamizam Sahimi (Ketua Zon), En. Muhammad Razi Bakar, Cik Siti Fatimah Ayob dan Pn. Rahimawati Abd Rahim. Pusat Internet Desa Zon Utara telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Usahawan dan ICT 2010 dengan jumlah pengunjung berdaftar sebanyak 3996 orang. Anugerah ini telah disampaikan oleh MSC Malaysia.


Karnival Usahawan dan ICT 2010 PID Zon Utara telah diadakan di Dewan Dato' Madi, Jalan Pantai Murni Yan Kedah pada 29 Disember 2010 sehingga 1 Januari 2011. Laporan penuh mengenai karnival di sini.


Berikut merupakan senarai pasukan yang terlibat iaitu :

  1. Pusat Internet Desa Zon Utara
  2. Pusat Jalur Lebar Komuniti (DIGI), Kg. Ubai Pahang
  3. Gabungan Medan Info Desa Terengganu
  4. ciTaku Lab Selama Perak
  5. GPMS Negeri Sembilan dan Kelab Rakan Muda Kuala Pilah
  6. Pusat Komuniti ICT Lembah Keriang, ITU-UUM, dan PJK (Celcom) Bukit Tangga Kedah.

Berikut senarai pemenang Karnival Usahawan dan ICT 2010

  1. Pusat Internet Desa Zon Utara
  2. Gabungan Medan Info Desa Terengganu
  3. ciTaku Lab Selama Perak

Memori sepanjang hari Anugerah





You Might Also Like

0 Comments