Karnival Keusahawanan Sosial 2010

  • Wednesday, December 21, 2011
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Penganjur



Kementerian Penerangan


Komunikasi dan Kebudayaan


Dengan Kerjasama





Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010 adalah kali ketiga diadakan. Program yang berlangsung selama sebulan di sepanjang bulan Jun ini menjalankan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan para usahawan serta komuniti menjadikan ICT sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Selain jual beli secara maya, para peserta juga boleh menimba pengalaman bersama-sama usahawan-usahawan yang telah maju setapak memasarkan produk mereka melalui Internet. Jadi apa tunggu lagi, nikmatilah peluang ini dan sertai kami di karnival ini.

Objektif



Memperkasakan warga PID dan komuniti setempat agar lebih berdaya saing, cerdik ICT, kreatif dan inovatif.

Mis


Merangsang pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat selari dengan model pembangunan lestari yang telah diterapkan dalam pelbagai program latihan di PID.

3 Aktiviti Khusus


  • Bengkel Portal PID

  1. Melatih komuniti dalam penggunaan Portal PID iaitu www.pid.net.my. Bengkel ini akan diadakan selama seminggu.
  2. Menggalakkan lebih ramai komuniti mengambil manfaat menerusi portal yang telah dibangunkan.
  3. Para usahawan disarankan membuka perkhidmatan e-kedai bagi mempromosi produk dan perkhidmatan masing-masing.

  • Mini Ekspo

        Merangkumi pelbagai aktiviti seperti bengkel latihan ICT (Blog, Internet Banking,    Online store dsb) pameran dan jualan produk

  • E-Karnival
        Kempen jual beli secara online yang diadakan selama sebulan. Ini bagi membolehkan orang ramai membeli produk ahli KUSPID secara online bagi selain meningkatkan tahap penggunaan ICT.

You Might Also Like

0 Comments