Cara mudah buat resume dengan Canva

  • Thursday, February 06, 2020
  • By pidyan
  • 0 Comments

Nak buat resume sekarang pun mudah sangat sekarang ni. Tak perlu lagi nak gunakan ms word. Internet di hujung jari. Banyak perisian online percuma yang menawarkan anda untuk membuat resume secara percuma. Salah satu daripadanya ialah canva.com

Canva ni menawarkan anda membuat berbagai design untuk flyers, business card, poster, resume, logo dan macam-macam lagi untuk media sosial pun ada. Mudah sangat gunakan canva ni.

Baik, kita mulakan ye. Buka canva.com.

1. Daftar dulu di website menggunakan akaun Facebook atau email anda.

2. Dah siap daftar log in seperti biasa dan klik pada Create a design atau pun klik pada anak panah merah seperti gambar di bawah. Pilih Resume
3. Kemudian, pilih template dis sebelah kiri. Ada banyak template yang ditawarkan canva. Tapi pastikan anda pilih yang FREE ya. 
4. Anda hanya perlu edit sahaja tulisan yang terdapat di dalam resume tersebut. Klik dua kali untuk edit tulisan ya. Nak tukar tulisan, saiz dan warna sama sahaja penggunaan seperti microsoft word.

Zoom untuk mendapatkan preview yang lebih besar. 

Nak copy klik Duplicate.

Ada tulisan yang diletakkan di dalam Group, jadi untuk pisahkan tulisan tersebut hanya klik Ungroup sahaja.

Warna template pun boleh ditukar. Klik pada warna background dan tukar.


5. Resume yang sudah siap boleh dimuatturun. Klik anak panah seperti dalam gambar. Bolehlah pilih format resume anda samaada dlm bentuk .jpg, .png ataupun .pdf. Kemudian klik butang hijau Download. Mudahkan.









You Might Also Like

0 Comments