Karnival Usahawan dan ICT 2010

  • Wednesday, December 21, 2011
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments


Dengan Kerjasama





      Karnival Usahawan dan ICT 2010 anjuran gabungan Pusat Internet Desa Zon Utara dengan PID Kuala Nerang sebagai Tuan Rumah bekerjasama dengan Pejabat ADUN Kuala Nerang akan diadakan selama tiga sesi. Karnival ini adalah inisiatif MSC Malaysia dalam usaha merangsang minda komuniti ke arah pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat selaras dengan usaha kerajaan miningkatkan ekonomi luar bandar. Ia mensasarkan pelbagai lapisan masyarakat dari semua peringkat umur dan pekerjaan dalam pelbagai program berkaitan ICT. Ini bagi memupuk minat masyarakat terhadap kepentingan ICT dan usahawan masa kini. Untuk itu, program berbentuk bengkel dan karnival jualan akan diadakan dalam menjayakan program tersebut.


Bengkel yang akan diadakan meliputi:

  • Menyunting Gambar
  • Merekod Audio
  • Merekacipta
  • Penceritaan Digital/DST
  • Membina Blog

Sasaran komuniti yang akan dilatih adalah seramai 40 peserta terdiri daripada

  • Remaja/Belia
  • Usahawan
  • Pelajar IPTA/IPTS
  • Warga Emas
  • Wanita­

JADUAL BENGKEL

 Keterangan Tarikh  Masa  Tempat
 Bengkel 1  3 & 4 September 2010  9 pg - 5 ptg SK Langkasuka, Jalan Pegawai, 06900 Yan
 Bengkel 2  1 & 2 Oktober 2010 Pusat Internet Desa Kuala Nerang*
 Bengkel 3  8 & 9 Oktober 2010 Sek. Men. Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang

You Might Also Like

0 Comments