Kursus MS Office Bersama Guru-Guru KAFA Daerah Yan

  • Monday, October 07, 2013
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments


PENGENALAN

Kursus ini memberikan penekanan kepada asas tiga aplikasi utama yang sering digunakan dalam Microsoft Office 2007 iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.

Kursus ini merupakan satu inisiatif daripada Persatuan Guru-guru KAFA Daerah Yan dalam usaha membimbing guru-guru KAFA serta memberi input yang berguna terhadap teknologi maklumat. SK Langkasuka menjadi penyedia tempat bagi kursus tersebut dijalankan memandangkan terdapat kekangan ruang dan peralatan di Pusat Internet Desa Yan.

Seramai 16 orang peserta mengikuti kursus ini meliputi guru-guru dari SK Simpang Tiga Sg. Daun, SK Hj. Hussin Dol, SK Ulu Sedaka, SK Teroi, SK Permatang Buloh, SK Sungai Limau, SK Nyak Gam, SK Langkasuka, SK Singkir, SK Jasin dan SK Guar Chempedak.

OBJEKTIF

  1. Microsoft Word memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para peserta mengetahui kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo, flyer, laporan, borang dan sebagainya.
  2. Microsoft Excel digunakan untuk pengiraan, laporan, perancangan, penganalisis data dalam pelbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk grafik/diagram.
  3. Microsoft Powerpoint member pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian slaid secara kreatif.



You Might Also Like

0 Comments