Bengkel ICT Bersama Tabika Kemas Sg. Limau Dalam 1

  • Thursday, October 22, 2015
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Bengkel ICT ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Kemas Daerah Yan. Bengkel ini meliputi tayangan video pembelajaran untuk kanak-kanak, mewarna berkomputer dan asas menaip menggunakan perisian MS Word 2010.
Kanak-kanak menaip nama mereka sambil ditunjuk ajar cara-cara menggunakan papan kekunci agar mereka faham bagaimana untuk memadam huruf dan menjarakkan perkataan (space). Selain daripada itu para pelajar diajar memegang mouse dengan betul agar pergelangan tangan mereka tidak lenguh semasa mewarna berkomputer.
Setelah tamat sesi pembelajaran berkomputer, PID Zon 1 bersama-sama kanak-kanak mengadakan sambutan kemerdekaan 2015 yang ke 58. Para pelajar kemudiannya diminta berdiri tegak dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Tanggal 31. Mereka mengibar Jalur Gemilang dan menyanyi dengan penuh semangat cintakan tanahair disamping guru dan pembantu tadika.


You Might Also Like

0 Comments