Lawatan Dari Pusat Anak Permata Negara

  • Thursday, January 01, 2015
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Lawatan dari Pusat Anak Permata Negara ini diadakan sempena memenuhi tema bulanan yang dianjurkan oleh pihak PAPN. Tema untuk bulan November adalah bulan Teknologi. Jadi bertepatan sekali dengan tema tersebut, lawatan telah diadakan ke PID Yan pada 13 November 2014 dengan disertai oleh 18 orang kanak-kanak jagaan PAPN dan 6 orang guru pengiring.

Aktiviti ini dapat mendedahkan anak-anak tentang kepelbagaian akses dan kemudahan teknologi yang terdapat di Pusat Internet Desa Yan. Di antara aktiviti yang disediakan semasa lawatan adalah tayangan video tentang "Penggunaan Komputer dan Kesihatan", taklimat serba sedikit mengenai fungsi PID serta pertandingan mewarna berkomputer oleh kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun. Kanak-kanak juga diberi peluang menonton video pendidikan melalui youtube.






You Might Also Like

0 Comments