Bengkel ICT SK Sanglang
- Tuesday, February 23, 2016
- By Pusat Internet Desa Yan
- 0 Comments
Pada 17 Februari yang lalu telah berlangsung Bengkel ICT untuk kanak-kanak prasekolah SK Sanglang anjuran Pusat Internet Desa. Mereka terdiri daripada 23 orang pelajar kelas prasekolah berumur 5 dan 6 tahun.
Pelbagai aktiviti berkaitan ICT telah diadakan seperti taklimat ICT, tayangan video, menaip nama menggunakan ms word, mewarna berkomputer dan permainan ICT. Permainan ICT pula melibatkan pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah seperti menyusun gambar, ingatan memori, menaip perkataan dan sebagainya.
Kanak-kanak didedahkan dengan pembelajaran berasaskan IT yang interaktif dan lebih menarik. Para pelajar tersebut kelihatan gembira dan seronok dengan pembelajaran ICT sehinggakan tidak mahu melepaskan setiap peluang yang ada.

0 Comments