Lawatan Dari Kanak-kanak Pusat Anak Permata Negara Daerah Yan

  • Thursday, October 22, 2015
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Pada lawatan kali ini, tema kenderaan menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai tajuk pembelajaran. Video berkenaan kenderaan telah disediakan dan dipaparkan untuk tontonan kanak-kanak. Mereka di ajar mengenai kenderaan serta fungsi yang terdapat pada setiap kenderaan. Selain mengenal kenderaan mereka juga diajar tentang warna dan pengiraan kenderaan melalui video yang disediakan.

Diantara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk membolehkan kanak-kanak mempelajari sesuatu menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di Pusat Internet Yan. Selain itu, mereka dapat mengenal komputer serta merasa sendiri pengalaman menggunakannya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar. Dua orang kanak-kanak diberi peluang menceritakan pengalaman masing-masing menaiki kapal terbang.


Diantara aktiviti yang dijalankan adalah mewarna berkomputer dan permainan puzzle kenderaan. Setelah tamat sesi pembelajaran selama 2 jam, kanak-kanak menyanyikan lagu “kereta kecil warna merah” sebelum berangkat pulang. 


You Might Also Like

0 Comments