Pusat Internet Desa Yan telah mengadakan taklimat kesedaran dan
keselamatan Internet di sekolah-sekolah sekitar parlimen Jerai dan
Merbok. Rujuk Jadual Taklimat.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh PPD Kuala Muda
Yan, guru-guru serta sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program
ini.
Panel : En. Azlan Abdullah (Pengurus MetroComm Resources Sdn Bhd)
Peserta : Pengusaha-pengusaha daerah Yan, Ahli Kelab Usahawan Sosial PID Yan
Objektif : Memartabat dan Memperkasa produk-produk koperasi
Taklimat telah disampaikan oleh En. Azlan Abdullah yang
memperkenalkan satu program keusahawanan yang bertujuan untuk memasarkan
produk-produk koperasi melalui skim keahlian di bawah kumpulan CoopShoope.Program
ini akan memastikan produk-produk koperasi mendapat permintaan yang
tetap setiap bulan. Produk-produk ini pula terdiri daripada
produk-produk IKS dan PKS. Ini bagi membantu usahwan-usahawan bumiputera
dapat memasarkan produk mereka pada satu sistem pusat pembelian.
Program ini dinaungi oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia
Berhad (KKPMB). MetroComm Resources merupakan perunding dan penyelaras
program dan Jiwa Realiti Sdn Bhd sebagai penyedia platform dan disokong
oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan.
Menurut En. Azlan "Melalui pelan ini koperasi boleh membawa
produk untuk dilabel, dijenamakan semula dan dibungkus semula dalam
membantu aspek pemasaran". Ini kerana menurut En. Azlan, pemasaran
adalah perkara yang dianggap lemah bagi usahawan bumiputera untuk
bersaing.
Melalui skim keahlian yang diperkenalkan, setiap ahli yang
membeli barang di Coop Shoppe akan diberi rebat/bonus yang boleh
digunakan untuk belian di masa hadapan. Ini satu pendekatan untuk
menarik orang ramai membeli di Coop Shoppe.
Buat masa ini rangkaian Coop Shoppe boleh didapati di Jabatan Perhubungan Negeri ANGASA setiap negeri.
PID Yan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web, blog dan lain-lain. Selain itu peranan PID juga ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat seperti bengkel, seminar dan juga karnival-karnival pembangunan komuniti dan juga usahawan.