Program Cuti Sekolah : Kursus Ms Word

  • Wednesday, December 21, 2016
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Tarikh : 4 dan 6 Dis 2016
 Tempat : Pusat Internet Desa Yan

Program cuti sekolah telahpun bermula. Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang cuti persekolahan pada kali ini. Di antara kursus yang dianjurkan adalah kelas asas ms word untuk tahap 1 dan 2. Kursus bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 1 tengahari mendedahkan para peserta terutama pelajar sekolah rendah dengan asas menaip dan memformat perkataan.



Seterusnya untuk ms word tahap 1, mereka diajar cara membuat biodata diri dan kad ucapan yang memfokuskan kepada format teks, penggunaan clipart, wordart, mengambil gambar dari internet dan penggunaan page border.




Manakala bagi ms word tahap 2 pula, mereka ditunjukkan cara format teks, penggunaan alignment, line spacing, membuat jadual, graf, diagram serta cara memformat. Ms word tahap 2 lebih tertumpu kepada penghasilan folio yang akan digunakan pada masa hadapan.




You Might Also Like

0 Comments