Kursus ini telah dijalankan di Pusat Internet Desa Yan bermula 26 September 2012. Kursus yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan MS Powerpoint 2007.
Jadual kelas hanya diadakan pada sebelah petang bermula 2.30 hingga 5.30 bagi memberi ruang kepada pelajar-pelajar menghabiskan sesi persekolahan mereka. Nota dan makanan ringan diberikan secara percuma beserta sijil penyertaan di akhir tamat kursus.
Kursus diadakan selama 3 jam sahaja.
Agenda :
Pengenalan terhadap konsep MS Powerpoint
Pengenalan ikon-ikon dalam MS Powerpoint
Cara menambah slide dan layout
Cara memasukkan teks, gambar, shape, smartart, carta/graf, membuat jadual
Tarikh : 17 September 2012
Tempat : Pusat Internet Desa Yan
Pusat Internet Desa Yan telah menerima sumbangan 2 set komputer dari Prestariang.
2 set komputer desktop HP
2 HP wireless NIC card
1 HP Officejet printer
1 HP no. 901 black officejet catridge
1 HP no. 901 tri-color officejet catridge
Semoga dengan penambahan komputer ini dapat menarik lebih ramai pengunjung ke PID Yan.
Terima kasih kepada pihak Prestariang atas sumbangan komputer ini.
Kehadiran : 1. Mohd Faizan Mahmood 2. Shahiran Bin Mohamad Ali
3. Siti Rahmah Samsuden
4. Rahimawati Abd Rahim
5. Norazliza Abd Hamid
6. Lina PID Bukit Kayu Hitam
Agenda :
Penyeragaman modul
1. Blog - Siti Rahmah
2. Photoshop - Shahiran Bin Mohamad Ali
3. MS Office 2010 - Atie Abd Rahim
4. Audacity - Mohd Faizan
5. Picasa - Lina
6. Photostory - Mohd Faizan
7. Photoscape - Mohd Faizan
8. Baik Pulih Komputer - Norazliza Abd Hamid
9. Movie Maker - Lina
10. Swiyhmax - Shahiran
Kesemua modul di atas perlu disiapkan dalam masa 2 minggu dari tarikh meeting.
Perkara-perkara lain:
1. Penyelarasan sijil oleh Atie Abd Rahim untuk semua PID. Ditandatangani oleh ketua zon
2. Aktiviti bersama akan dijalankan dalam masa terdekat - Karnival di Baling
3. Penyelarasan yuran kursus komputer sebanyak RM 50 (MS word, excel,
powerpoint dan asas internet) kecuali PID Kupang yuran sebanyak RM100
4. Yuran ahli untuk semua PID - renew setahun sekali dengan bayaran RM5
setahun. Caj penggunaan sejam tertakluk kepada PID masing-masing.
5. Penyeragaman kad ahli akan diedit dan dihantar melalui email
6. Penyeragaman letter head bagi laporan kehadiran. Sebelah kiri (logo
kpkk), sebelah kanan (logo PID). Tengah-tengah letak alamat, no tel, fax
dan e-mail PID masing-masing. Template laporan kehadiran adalah
mengikut seperti yg telah diemail oleh ketua zon.
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 8.00 pg - 5 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Langkasuka
Bengkel ICT yang dirancang akan dilaksanakan seperti bengkel photostory iaitu membuat video
menggunakan perisian Photostory 3 for Windows, membuat pengiklanan percuma
melalui mudah.my serta penggunaan perisian Nero StartSmart Essential . Setiap peserta akan diberi
latihan secara intensif dan praktikal di mana mereka akan terus belajar
menggunakan kemudahan teknologi ICT dalam bengkel tersebut. Ini selaras dengan
matlamat kerajaan menjelang tahun 2020 iaitu melahirkan masyarakat yang berpengetahuan
dan minda kelas pertama selari dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.
Sasaran peserta adalah seramai
40 orang bagi bengkel yang akan diadakan dimana golongan sasaran yang akan
menyertai bengkel yang akan dijalankan adalah seperti berikut:-
i.Golongan remaja/belia
ii.Golongan Usahawan
iii.Golongan Pendidik/Guru
iv.Golongan Warga Emas
v.Golongan Wanita
vi. Kakitangan
awam
Agenda
0800 – 0830 Pendaftaran Peserta
0830 – 0900 Majlis Perasmian / Taklimat Program
0930 – 1030 Modul 1 : Membuat Video/Photostory
1030 – 1045 Minum Pagi
1045 – 1130 Modul 1 : Membuat Video/Photostory
(Sambungan)
Tarikh : 8 Mei 2012
Tempat : Makmal Komputer SK Langkasuka Yan, Kedah
Program ini telah dianjurkan oleh para pelajar yang mengambil subjek Teknologi Komunikasi dan Maklumat dari Universiti Utara Malaysia. Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Pusat Internet Desa Yan dan SK Langkasuka Yan.
MATLAMAT
Memberi
pendedahan baru kepada pelajar sekolah tentang cara penggunaan Microsoft Office Powerpoint dengan
cara yang betul bagi memudahkan mereka dalam
proses pembelajaran dan yang paling diharapkan dari “Jelajah ICT Bersama
Pelajar” ini adalah mewujudkan masyarakat yang menggunakan ICT dalam kehidupanseharian.
OBJEKTIF
Mengajar pelajar mengenai penggunaan Microsoft Office Powerpoint
Menjadikan pelajar
sebagai penduduk yang berpengetahuan tentang Microsoft Office Powerpoint dengan
penggunaan yang betul dan lebih cekap.
Membantu
pelajar menggunakan Microsoft Office Powerpoint dalam sesi pembelajaran seperti
perbentangan yang menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
KUMPULAN SASARAN
Terdiri daripada para pelajar berumur 9 hingga 12 tahun seramai 15 orang.
Berikut merupakan senarai peserta yang terlibat di dalam program tersebut :
Tarikh : 1 & 2 Januari 2012
Tempat : Pusat Internet Desa Yan
Pusat Internet Desa Yan kini telah mencecah usia 8 tahun. Oleh kerana itu, satu gotong-royong telah diadakan di PID Yan dalam membuat pengubahsuaian dari segi susunatur dan warna yang menarik dalam memberi suasana yang berlainan kepada para pengunjung di Pusat Internet Desa Yan.
Gotong-royong yang diadakan selama 2 hari ini telah mendapat kerjasama daripada AJK dan belia setempat dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berjalan lancar.
PID Yan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web, blog dan lain-lain. Selain itu peranan PID juga ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat seperti bengkel, seminar dan juga karnival-karnival pembangunan komuniti dan juga usahawan.