Program Jelajah ICT bersama Pelajar 2012

  • Tuesday, October 23, 2012
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Tarikh : 8 Mei 2012
Tempat : Makmal Komputer SK Langkasuka Yan, Kedah

Program ini telah dianjurkan oleh para pelajar yang mengambil subjek Teknologi Komunikasi dan Maklumat dari Universiti Utara Malaysia. Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Pusat Internet Desa Yan dan SK Langkasuka Yan.


MATLAMAT

Memberi pendedahan baru kepada pelajar sekolah tentang cara penggunaan Microsoft Office Powerpoint dengan cara yang betul bagi memudahkan mereka dalam proses pembelajaran dan yang paling diharapkan dari “Jelajah ICT Bersama Pelajar” ini adalah mewujudkan masyarakat yang menggunakan ICT dalam kehidupan  seharian.

OBJEKTIF

  1. Mengajar pelajar mengenai penggunaan Microsoft Office Powerpoint
  2. Menjadikan pelajar sebagai penduduk yang berpengetahuan tentang Microsoft Office Powerpoint dengan penggunaan yang betul dan lebih cekap. 
  3. Membantu pelajar menggunakan Microsoft Office Powerpoint dalam sesi pembelajaran seperti perbentangan yang menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
KUMPULAN SASARAN

Terdiri daripada para pelajar berumur 9 hingga 12 tahun seramai 15 orang.

Berikut merupakan senarai peserta yang terlibat di dalam program tersebut :


You Might Also Like

0 Comments