Lawatan penyelenggaraan oleh En. Mohd Khairilbasyar Ruslan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan En. Mohd Faizan Mahmood, Ketua Zon 1. Lawatan bertujuan melihat penyelenggaraan semasa yang diperlukan oleh PID YAN. Lawatan telah diadakan pada 4 Mei 2014 dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari.
Bengkel Asas Penyelengaraan Komputer telah diadakan sebanyak 3
kumpulan. Berikut merupakan tarikh bengkel diadakan. Bengkel ini telah
mendapat kerjasama dengan Prostar dan Pejabat Belia.
Kumpulan 1 : 18 & 24 Jun 2011
Kumpulan 2: 1 & 2 Julai 2011
Kumpulan 3 : 15 & 16 Julai 2011
Kursus selama 2 hari bagi setiap kumpulan ini telah diadakan di
Prostar Daerah Yan. Seramai 60 orang belia telah mengikuti bengkel
selama 2 hari yang meliputi pembelajaran asas penyelengaraan komputer.
Pembelajaran meliputi teori dan praktikal bagi membolehkan para peserta
di dedahkan dengan situasi sebenar.
PID Yan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web, blog dan lain-lain. Selain itu peranan PID juga ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat seperti bengkel, seminar dan juga karnival-karnival pembangunan komuniti dan juga usahawan.