Kursus kali ini telah dihadiri oleh 28 orang peserta yang mengikuti kursus Ms Word dan Ms Powerpoint Tahap 1 dan 2. Peserta terdiri daripada pelajar berumur 7 hingga 11 tahun. Para peserta tetap bersemangat walaupun berkursus di dalam bulan ramadhan.
PID Yan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web, blog dan lain-lain. Selain itu peranan PID juga ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat seperti bengkel, seminar dan juga karnival-karnival pembangunan komuniti dan juga usahawan.