Bengkel ICT Bersama PASTI Al-Fateh Simpang Empat Perlis
- Wednesday, May 13, 2015
- By Pusat Internet Desa Yan
- 0 Comments
Tarikh : 14 April 2015
Masa : 8.30 pagi hingga 5 petang
Pusat Internet Desa Zon 1 bersama PASTI Al-Fateh, Behor Mali Simpang Empat Perlis, telah menjayakan Program Syoknya ICT melibatkan kanak-kanak PASTI. Seramai lebih kurang 78 orang kanak-kanak telah mengikuti program ini. Objektif program ini diadakan adalah :
1. Memberi kesedaran ICT kepada
kanak-kanak pra sekolah PASTI serta meneroka alam ict dalam pembelajaran yang
interaktif dan menyeronokkan
2.
Memperkenalkan kepada para
pelajar tadika PASTI mengenai asas pengenalan komputer.
3.
Memperkasa dan membudayakan
ICT di kalangan masyarakat.
4.
Membolehkan para pelajar
tersebut menggunakan kemudahan IT dengan bijak.
Kami juga dalam usaha membimbing
para peserta agar dapat menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam kehidupan
harian sesuai dengan moto kami “Merapatkan Jurang Digital”.
Bengkel ICT ini merangkumi pengenalan asas
komputer, persembahan slaid powerpoint, tayangan video serta pembelajaran
interaktif melalui komputer yang sesuai dijadikan sebagai platform yang menarik
bagi melatih para pelajar mengenai ICT yang digunakan secara meluas di dalam
sektor pendidikan. Para pelajar akan diberi ruang menggunakan kemudahan
komputer dan laptop di dalam persembahan slaid. Selain daripada itu, terdapat
juga sesi melukis menggunakan perisian paint. Para pelajar diberi peluang untuk melukis sendiri menerusi perisian tersebut mengikut
tunjuk ajar daripada fasilitator. Mereka diberi latihan intensif dan praktikal
di atas platform tersebut di mana mereka akan terus belajar menggunakan
kemudahan teknologi ICT.
0 Comments