Pertandingan Selok Mentarang, Kampung Sungai Belati, Simpang Empat Perlis
- Tuesday, March 03, 2015
- By Pusat Internet Desa Yan
- 0 Comments
Pertandingan
Selok Mentarang anjuran JKKK Kampung Sungai Belati telah diadakan seawal jam
7.00 pagi oleh para peserta dari Kampung Sungai Belati. Persiapan khemah PID telah dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan
memasang banner dan kiosk PID. Khemah PID telah menerima kunjungan daripada
ADUN Simpang Empat iaitu Yang Berhormat Tuan NurulHisham Bin Yaakob dan JKKK
Kampung Sungai Belati iaitu En. Hasan Bin Ya.
Pelbagai acara
telah diadakan sepanjang karnival di antaranya acara selok mentarang yang
diadakan di kawasan pantai Kg. Sungai Belati, acara tiup belon, mewarna
kanak-kanak, teka silangkata ICT, teka coklat, kucing tercantik dan
bermacam-macam-macam lagi. Pertandingan ini dimeriahkan dengan
kehadiran orang-orang kampung yang memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam
melancarkan program ini.