Kursus Facebook Untuk Surirumah

  • Wednesday, January 01, 2014
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Kursus ini telah diadakan pada 12 Disember 2013 bertempat di Pusat Internet Desa Yan. Peserta terdiri daripada lima orang surirumah dari Kg. Setar Yan Kedah yang bersemangat untuk mempelajari facebook untuk mencari kenalan lama.

Untuk permulaan, mereka diajar cara mendaftar e-mail menggunakan akaun gmail. Pendaftaran e-mail juga mengambil masa memandangkan kebanyakan surirumah tidak biasa menggunakan komputer atau pertama kali menggunakan komputer. Mereka juga diajar istilah-istilah yang digunapakai dalam teknologi maklumat seperti mouse/tetikus serta kegunaannya, keyboard dan sebagainya.

Matlamat utama kursus ini adalah untuk memberi tunjukajar kepada surirumah tentang teknologi terkini yang amat popular sekarang iaitu facebook agar mereka dapat memahami kepentingan penggunaannya serta mendapat manfaat daripadanya. Mereka amat teruja untuk mempelajari ICT dan amat gembira dapat menggunakan komputer buat pertama kalinya.







You Might Also Like

0 Comments