Kepada adik-adik lepasan SPM, jangan lepaskan peluang mengikuti kursus aplikasi komputer bersama kami. Modul termasuk ms word, excel, powerpoint, internet dan email.
Kursus ini telahpun bermula dan diadakan sepanjang tahun.
Boleh daftar pada bila-bila masa.
Lengkapkan ilmu adik-adik sebelum melangkah masuk ke IPT.
Bengkel menaip jawi kali ini disertai oleh 10 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Para peserta ditunjukkan cara format tulisan jawi, seterusnya menaip tulisan jawi di dalam perisian microsoft word.
Tarikh : 5 dan 7 Disember 2016
Tempat : Pusat Internet Desa Yan
Seramai 13 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah menyertai kursus ini.
Peserta tahap 1 membuat kad ucapan menggunakan perisian Ms Powerpoint. Manakala bagi pelajar tahap 2, mereka membuat pembelajaran interaktif dan kad ucapan.
PID Yan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web, blog dan lain-lain. Selain itu peranan PID juga ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat seperti bengkel, seminar dan juga karnival-karnival pembangunan komuniti dan juga usahawan.