Program Bersama Pemimpin (Gagau Ikan dan Sukaneka) di Kg. Sungai Belati, Simpang Empat Perlis

Program ini adalah kolaborasi di antara Pusat Internet Desa dengan Kg. Sg. Belati sempena program yang diadakan di kampung tersebut.

Pelbagai acara sukaneka turut diadakan seperti mewarna kanak-kanak, kerusi berirama, kuiz, pertandingan gagau ikan, pertandingan memasak dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, penduduk kampung turut diwar-warkan mengenai kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Desa Simpang Empat khasnya serta kemudahan-kemudahan lain yang disediakan. Satu taklimat eRezeki turut diadakan bagi membolehkan penduduk kampung menjana pendapatan.



You Might Also Like

0 Comments