Kursus ICT Cuti Sekolah Mac 2018

Sempena cuti persekolahan penggal pertama, PID Yan telah menganjurkan kursus powtoon dan menaip jawi. Kursus ini dianjurkan secara percuma di mana para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Penyertaan adalah amat menggalakkan. Kursus ini diadakan selama tiga hari bermula 18 Mac hingga 20 Mac 2018.

Mari kita lihat aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus berlangsung.

Nama program : Kursus Powtoon
Tarikh : 18 - 20 Mac 2018
Masa : 9 pagi hingga 12.30 tengahari

Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai perisian online yang digunakan untuk membuat persembahan slaid dan video menggunakan powtoon.com. selain menggunakan perisian seperti Microsoft Powerpoint dan video editor.






Hasil video peserta boleh dilihat di saluran youtube PID Yan

Nama program : Kursus menaip jawi
Tarikh : 18 - 20 Mac 2018
Masa : 3 petang hingga 5 petang

Pusat Internet Desa mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel ini bagi dengan tujuan memartabatkan tulisan jawi dengan menaip menggunakan perisian sedia ada iaitu ms word.






You Might Also Like

0 Comments