Pusat Internet Desa Yan telah menganjurkan kelas ICT pada cuti perskolahan yang lalu bermula 1 hingga 9 Disember 2019. Di antara kursus yang dijalankan adalah Kursus Asas Ms Word, Kursus Asas Ms Powerpoint dan juga membuat video slide persembahan dengan Powtoon. 19 orang peserta yang telah mengikuti kursus ini terdiri daripada para pelajar berumur 7 tahun hingga 13 tahun.
Mari kita tengok aktiviti mereka sepanjang kursus berlangsung.
Bengkel kali ini telah dijalankan di Giat Mara Jerlun, Giat Mara Pokok Sena dan Giat Mara Alor Setar. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Giat Mara tersebut dan juga usahawan berhampiran.
Bersempena cuti sekolah ini, Pusat Internet Desa Yan telah menganjurkan bengkel membuat kad hari raya digital menggunakan Ms Powerpoint. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah berdekatan.
PID Yan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web, blog dan lain-lain. Selain itu peranan PID juga ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat seperti bengkel, seminar dan juga karnival-karnival pembangunan komuniti dan juga usahawan.