Kursus ini telah diadakan pada 20 Februari 2014 bertempat di PID Yan. Kursus telah diadakan dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Para peserta begitu teruja mempelajari cramble jentayu ini sehingga mampu menyiapkan jahitan masing-masing dalam masa tersebut. Untuk teknik jentayu ini, para peserta diminta membawa baju masing-masing dan terus dijahit di atas baju. Cikgu Intan banyak membantu dalam teknik pemilihan warna manik bersesuaian dengan warna kain yang dibawa.
Bengkel jahitan manik telah diadakan buat pertama kalinya di PID Yan pada 16 Januari 2014. Objektifnya adalah untuk membolehkan komuniti setempat memiliki kemahiran mengenai asas jahitan manik dan seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran ini agar boleh dijadikan pendapatan sampingan.
Bengkel yang bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang ini dihadiri oleh peserta terdiri daripada lima orang golongan belia dan wanita yang berminat untuk mempelajari kemahiran jahitan manik yang bukan sahaja dijahit dibaju dan tudung, malah boleh dijadikan sebagai hiasan rumah mengikut kreativiti masing-masing.
Bengkel ini telah diajar oleh Cikgu Intan yang juga merupakan salah seorang peserta yang menghadiri bengkel GMBO anjuran PID Yan pada 21 April 2013 yang lalu. Semoga dengan pengalaman dan kreativiti dari Cikgu Intan dapat membakar semangat para peserta untuk meneruskan dan mengembangkan kemahiran serta kreativiti dalam menghasilkan rekaan manik yang berkualiti. Pelbagai jenis jahitan dan teknik memasukkan benang dan manik telah diajar oleh Cikgu Intan.
PID Yan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web, blog dan lain-lain. Selain itu peranan PID juga ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat seperti bengkel, seminar dan juga karnival-karnival pembangunan komuniti dan juga usahawan.