Seminar Jalur Lebar Untuk Pembangunan Mampan

  • Wednesday, June 04, 2014
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Seminar ini telah diadakan pada 3 Jun 2014 bertempat di Auditorium RTM, Alor Setar Kedah. Seminar ini adalah anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, ITU-UUM dan Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan sempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2014.
Ceramah oleh Pn. Nor Akmar Shah Minan

Objektif Seminar Jalur Lebar Untuk Pembangunan Mampan adalah untuk
  1. Memberi kesedaran dan pendedahan kepda pelajar dan golongan sasar bahawa jalur lebar dan ICT merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara dan landasan itu perlu dipertingkatkan.
  2. Meningkatkan kefahaman golongan sasaran bahawa tanggungjawab dan peranan rakyat perlu seiring dengan agensi pelaksana supaya cabaran ini mampu bergerak serentak dengan langkah kerjaan.
Ketibaan Yang Berhormat Pn. Sabrina Mohd Noor
Penganjuran seminar ini merupakan salah satu program tahunan ITU-UUM yang melibatkan para pelajar serta kakitangan awam dan swasta yang berkait rapat dengan penggunaan jalur lebar. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Sabrina Mohd Noor iaitu Ahli Mesyuarat Kerajan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu, dua sesi syarahan telah disampaikan oleh Pn. Nor Akmar Shah Minan, Pengarah Bahagian Pengurusan Jalur Lebar (SKMM) dengan tajuk "Jalur Lebar Untuk Pembangunan Mampan" dan syarahan kedua telah disampaikan oleh Pn. Hajjah Faudziah Mohd Amin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kemudahan (KKMM) dengan tajuk "Peranan Pusat Internet Desa Dalam Masyarakat".

Yang Berhormat Pn. Sabrina Mohd Noor

Selain itu, seminar ini diiringi dengan nyanian lagu Negaraku dan Biru Warna disamping tayangan video korporat UUM.
Penyampaian Cenderamata

You Might Also Like

0 Comments