Kursus Asas Blog Percuma

  • Wednesday, July 31, 2013
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments


Objektif :
  1. Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kemudahan google yang boleh digunakan untuk menambah kandungan tempatan secara percuma.
  2. Mendedahkan kepada peserta langkah-langkah membina laman web sendiri.
  3. Memberi pendedahan tentang widget-widget yang boleh digunakan untuk menambahbaik laman web seperti membuat banner untuk promosi, mencantikkan blog dan membuat iklan.
Kursus asas blog percuma ini diadakan pada 3 dan 5 Jun 2013. Kursus ini diadakan di Pusat Internet Desa Yan bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari. Ia diadakan sempena cuti persekolahan pertengahan tahun. Pengambilan peserta bagi kursus kali ini adalah terbuka bermula 11 tahun ke atas. Seramai 11 orang peserta terdiri daripada golongan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, belia, guru-guru kemas dan wargaemas. Selain jamuan ringan, sijil juga diberikan di akhir kursus.

Agenda :
  1. Penerangan secara ringkas mengenai blog
  2. Pendaftaran e-mail oleh peserta
  3. Pendaftaran di blogger.com
  4. Cara menulis artikel/posting
  5. Membuat halaman
  6. Setting
  7. Mengubah Design/Layout dan template
  8. Memasukkan widget 
Blog Peserta
  1. NUR ALIA SYUHADA BT KHAIRUL ANUAR
  2. ANIS SYAKIRIN BT ABD HAMID
  3. ZURAIDA BT ISMAIL
  4. NUR ATHIRAH BT ANISUL HOQUE
  5. NUR HIDAYAH BT ZAKARIA
  6. NURUL ASHIKIN BT MUZAINI
  7. ZIATON BT BAKAR
  8. MUHD ZAIDI B SAMAH
  9. NORIZAN BT A.BAKAR
  10. FAUDZIYAH BT IBRAHIM
  11. NURIN NAJIHAH BT AHMAD NUBLI

You Might Also Like

0 Comments