Kursus MS Powerpoint Untuk Pelajar Lepasan UPSR

  • Wednesday, October 24, 2012
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Kursus ini telah dijalankan di Pusat Internet Desa Yan bermula 26 September 2012. Kursus yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan MS Powerpoint 2007.

Jadual kelas hanya diadakan pada sebelah petang bermula 2.30 hingga 5.30 bagi memberi ruang kepada pelajar-pelajar menghabiskan sesi persekolahan mereka. Nota dan makanan ringan diberikan secara percuma beserta sijil penyertaan di akhir tamat kursus.

Kursus diadakan selama 3 jam sahaja.

Agenda :
  1. Pengenalan terhadap konsep MS Powerpoint
  2. Pengenalan ikon-ikon dalam MS Powerpoint
  3. Cara menambah slide dan layout
  4. Cara memasukkan teks, gambar, shape, smartart, carta/graf, membuat jadual
  5. Cara membuat transisi slide dan memasukkan bunyi
  6. Cara membuat animasi pada teks dan gambar
Kursus ini akan dibuka sehingga bulan November.

You Might Also Like

0 Comments