Tarikh : 18 April 2018
Tengah fikir bagaimana nak cari sumber pendapatan kedua anda? Mudah je. Apa kata daftar kursus eRezeki dengan kami dan kami akan memberi anda latihan asas mencari dan mendaftar pekerjaan secara online seperti mereka.
Dengan eRezeki, anda boleh tentukan bila anda ingin bekerja, lokasi pilihan anda dan jana pendapatan. Jom daftar kursus eRezeki dengan kami.
Tarikh : 8 dan 12 April 2018
Kursus eUsahawan pada kali ini disertai oleh peserta Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). Seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang diadakan sebanyak dua sesi pada bulan April.
Kepada yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh hubungi PID Yan di talian 04-4659310.
Kursus ini diadakan secara percuma sahaja.
![]() |
| Peserta sedang membentangkan analis SWOT |
![]() |
| Peserta sedang menggunakan aplikasi canva untuk membuat FB cover page |
Tarikh : 25 Mac 2018
Tempat : PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah
Taklimat diadakan bersama-sama para peserta Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera.
Tempat : PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah
Taklimat diadakan bersama-sama para peserta Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera.
Program Bersama Pemimpin (Gagau Ikan dan Sukaneka) di Kg. Sungai Belati, Simpang Empat Perlis
- Tuesday, April 03, 2018
- By pidyan
- 0 Comments
Program ini adalah kolaborasi di antara Pusat Internet Desa dengan Kg. Sg. Belati sempena program yang diadakan di kampung tersebut.
Pelbagai acara sukaneka turut diadakan seperti mewarna kanak-kanak, kerusi berirama, kuiz, pertandingan gagau ikan, pertandingan memasak dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, penduduk kampung turut diwar-warkan mengenai kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Desa Simpang Empat khasnya serta kemudahan-kemudahan lain yang disediakan. Satu taklimat eRezeki turut diadakan bagi membolehkan penduduk kampung menjana pendapatan.















