Kursus ini memberikan penekanan
kepada asas tiga aplikasi utama yang sering digunakan dalam Microsoft Office
2007 iaitu Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.
Kursus ini merupakan satu inisiatif
daripada Persatuan Guru-guru KAFA Daerah Yan dalam usaha membimbing guru-guru KAFA
serta memberi input yang berguna terhadap teknologi maklumat. SK Langkasuka
menjadi penyedia tempat bagi kursus tersebut dijalankan memandangkan terdapat
kekangan ruang dan peralatan di Pusat Internet Desa Yan.
Seramai 16 orang peserta mengikuti kursus ini meliputi guru-guru dari SK Simpang Tiga Sg. Daun, SK Hj. Hussin Dol, SK Ulu Sedaka, SK Teroi, SK Permatang Buloh, SK Sungai Limau, SK Nyak Gam, SK Langkasuka, SK Singkir, SK Jasin dan SK Guar Chempedak.
OBJEKTIF
Microsoft Word
memberi pengetahuan asas yang amat berguna untuk para peserta mengetahui
kaedah menghasilkan dokumen-dokumen seperti surat, memo, flyer, laporan,
borang dan sebagainya.
Microsoft
Excel digunakan untuk pengiraan, laporan, perancangan, penganalisis data
dalam pelbagai kaedah serta persembahan dalam bentuk grafik/diagram.
Microsoft
Powerpoint member pengetahuan dalam membuat persembahan dan penyampaian
slaid secara kreatif.
PID Yan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web, blog dan lain-lain. Selain itu peranan PID juga ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat seperti bengkel, seminar dan juga karnival-karnival pembangunan komuniti dan juga usahawan.