Kursus eUsahawan dengan kerjasama FAMA Negeri Perlis

Kursus eUsahawan telah dijalankan pada 10 Oktober 2018 bertempat di Makmal Komputer, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama FAMA Negeri Perlis buat julung kalinya. Seramai 52 orang peserta telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Pusat Internet Desa Zon 1 ini.

Kursus ini juga telah dirasmikan oleh Pengarah FAMA Negeri Perlis iaitu En.Mohamad Paisal Bin Amri. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai kursus.








You Might Also Like

0 Comments