Bengkel Jahitan Manik Siri 1/2014

  • Monday, January 20, 2014
  • By Pusat Internet Desa Yan
  • 0 Comments

Bengkel jahitan manik telah diadakan buat pertama kalinya di PID Yan pada 16 Januari 2014. Objektifnya adalah untuk membolehkan komuniti setempat memiliki kemahiran mengenai asas jahitan manik dan seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran ini agar boleh dijadikan pendapatan sampingan.

Bengkel yang bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang ini dihadiri oleh peserta terdiri daripada lima orang golongan belia dan wanita yang berminat untuk mempelajari kemahiran jahitan manik yang bukan sahaja dijahit dibaju dan tudung, malah boleh dijadikan sebagai hiasan rumah mengikut kreativiti masing-masing.

Bengkel ini telah diajar oleh Cikgu Intan yang juga merupakan salah seorang peserta yang menghadiri bengkel GMBO anjuran PID Yan pada 21 April 2013 yang lalu. Semoga dengan pengalaman dan kreativiti dari Cikgu Intan dapat membakar semangat para peserta untuk meneruskan dan mengembangkan kemahiran serta kreativiti dalam menghasilkan  rekaan manik yang berkualiti. Pelbagai jenis jahitan dan teknik memasukkan benang dan manik telah diajar oleh Cikgu Intan.








You Might Also Like

0 Comments